Bengkel Kerja Penambahbaikan Program SRP

 





Bengkel Kerja Penambahbaikan Program Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot 22/8/2023-24/8/2023
.
Bengkel Kerja ini disertai oleh 3 orang pensyarah dari Kolej Komuniti Kuala Langat iaitu En Rahmat bin Omar, En Muhamad Zukery dan Puan Fatimahwati Hamzah 
.
Turut disertai oleh 4 orang pensyarah SRP bersama Timbalan Pengarah Pengurusan dan Timbalan Pengarah Akademik dari Kolej Komuniti Temerloh. Turut hadir bersama 3 orang pegawai dari JPPKK.
.
Day 2:
Lawatan ke sekitar IKM Alor Setar dan Perkampungan Perabot.
.
Selesai sesi sharing bersama Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pensyarah2 dari IKM, kami dibawa melawat ke sekitar IKM Alor Setar dan Perkampungan perabot.
.
Bertemu dengan pelajar semasa dan alumni IKM. Kagum dengan anak muda sekarang. Umur seawal 20-an dah jadi usahawan. Good job. Berada dalam cycle dan group support yang betul itu penting. Langkah TVET MARA mewujudkan Program Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot
sangatlah tepat. Pelajar dibimbing dari A-Z untuk menjadi usahawan. Pelajar yang berkongsi cerita dan pengalaman mereka di IKM pun nampak berkaliber. Confident and outspoken. Well done. Mereka sangat faham hala tuju mereka dalam menimba ilmu untuk menjadi usahawan. Moga MARA dapat melahirkan lebih ramai usahawan jutawan bumiputera.
.
Dari segi peralatan dan mesin serta software yang digunakan memang terbaik. KD Max dan sketchup untuk design. 1 komputer/laptop untuk setiap pelajar sepanjang tempoh pengajian. 👍
.
Teruja tengok CNC machining yang ada 5-axis BIESSE ROVER dan 3-axis (lupa jenamanya 😅). PSA pun ada 3-axis jer kan En CikDi Bidi . Ko boleh balik kg.dah ni 😀
.
Mesin lain yang digunakan adalah panel saw (bila bole beli ni, senang bole angkat papan 4x8 @ 3×6 terus kan...haa mari berangan🥰), Table saw, mitre saw, edging machine etc. 
.
We express our gratitude to IKM ALOR SETAR for graciously hosting us. We are eagerly anticipating the opportunity to engage in a collaborative endeavor. 
.
#kkklterhebat 
#sijilrekabentukdanpembuatanperabot 
#ikmalorsetar
#Teknousahawan





















Postingan Terkait

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

PEMILIK BLOG

PEMILIK BLOG
Saya Fatimahwati Hamzah, adalah seorang Pensyarah di bawah KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti.

Cari Blog Ini